PIAGAM SEKOLAH
Kami guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh, Ranau dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :
Membimbing pelajar membentuk sahsiah yang mulia melalui pemupukan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni selaras dengan aspirasi Negara
Mendidik pelajar dalam berbagai-bagai kemahiran tenaga manusia yang berinovatif dan produktif ke arah pembangunan negara
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif, sihat, bersih, ceria dan menarik
Melahirkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang
Meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik dan kokurikulum untuk menjadikan sekolah ini terbaik di daerah Ranau
Membimbing dan mendidik pelajar asrama untuk melahirkan generasi pelajar yang berkualiti dan menonjol dalam bidang kurikulum dan kokurikulum
Mempertingkatkan profesionalisme guru-guru dan kakitangan melalui program yang terancang bagi memastikan pendidikan bermutu
Mewujudkan perkhidmatan bersih, cekap, amanah, cepat dan tepat dalam usaha melicinkan pengurusan dan pentadbiran sekolah
Bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan dan teguran dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik serta kokurikulum Sentiasa bersedia memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan cekap jujur dan adil.
 Sila Pastikan anda telah melakukan yang terbaik hari ini..
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat:
|