fasisbh1-kamin.zoom-a.com
LAMAN WEB RASMI BAGI
 SMK DATU PADUKA MAT SALLEH RANAU SABAH

SELAMAT BERTUGAS UNTUK TAHUN 2009

"BERTEKAD TERBILANG"



 
webmaster : kmuhalip@yahoo.com
: smkmsranau@yahoo.com
| BUKU PELAWAT | GALERI | PAUTAN KELAS | SEJARAH SEKOLAH | PENGETUA KAMI | CABARAN WAWASAN 2020 | FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA | MISI DAN VISI | PIAGAM SEKOLAH | CARTA ORGANISASI | TARGET TAHUN 2009 | PERATURAN STAFF SEKOLAH | PENGAGIHAN TUGAS KAKITANGAN | PENGAGIHAN TUGAS KTBM | INFO PERKHIDMATAN | TAKWIM 2009 | PAUTAN KE LAMAN WEB LAIN |

PERATURAN/PANDUAN STAF

SMK MAT SALLEH, RANAU

 

1     ARAHAN AM

1.1   Selaku pegawai kerajaan guru dan staf sokongan adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu guru dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2   Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arhan Perkhidmatan lain.

1.3   Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.

1.4   Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5   Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati  Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara.

1.6   Melatakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7   Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8   Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

 

2     KEDATANGAN

2.1   Jadual      waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.2   Guru dikehendaki berada di kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan merakamkan / mencatatkan  masa kehadiran pada alat perakam waktu atau Buku Kehadiran Bertugas semasa sampai di sekolah dan sewaktu balik sekolah.

2.3   Masa Persekolahan :

        Sidang pagi             : Isnin hingga Khamis             : 7.00 pagi hingga 12.20 tgh

                                  Jumaat                          : 7.00 pagi hingga 11.45 pagi

        Sidang petang         : Isnin hingga Khamis             : 12.20 tgh hingga 5.45 ptg

                                  Jumaat                          : 1.40 ptg hingga 5.45ptg

2.4   Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa dating lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.

2.5   Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan dengan memaklumkan kepada pihak sekolah.

 

3     KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU MASA PERSEKOLAHAN

3.1   Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu persekolahan kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari JPN/PPG/PPD atau sekolah dengan memaklumkan serta mendapatkan kebenaran daripada Pengetua atau Penolong Kanan.

3.2   Guru yang ingin keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan dikehendaki mengisi Buku Rekod Keluar.

3.3   Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan tugasan/latihan untuk pelajar melalui Penolong Kanan/Ketua Bidang.

 

4     CUTI

4.1  Cuti Rehat/Cuti Penggal – Guru berkelayakan mendapat cuti penggal tetapi boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar. Guru diberi kelayakan cuti rehat bagi menggantikan cuti sambilan.

 

 

 

4.2  Cuti Sakit :

4.2.1        Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi 2 hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.

4.2.2        Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.

4.2.3        Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk meneruskan pembayaran gaji.

 

4.3  Cuti tanpa gaji

4.3.1        Mengikut Perintah Am Bab C, cuti tanpa gaji boleh dipohon di atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

4.3.2        Cuti tanpa gaji boleh diberi selepas habis semua cuti rehat.

4.3.3        Kelayakn cuti tanpa gaji ialah 30 hari bekerja bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.3.4        Cuti tanpa gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.4        Kelulusan cuti tanpa gaji yang melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum bercuti.

 

4.4  Cuti Keluar Negeri – Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat kelulusan dari Jabatan. Borang permohonan hendaklah dikemukan selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

 

5     PAKAIAN

5.1   Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan  masyarakat timur.

5.2   Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

5.3   Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.

5.4   Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai :

        Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T , kemeja sukan, baju trek, kasut sukan yang sesuai.

        Guru lelaki – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja T , kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan yang sesuai.

 

6     PERHUBUNGAN SESAMA GURU

6.1   Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata. Juga diharapkan akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

6.2   Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru atau pun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.3   Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, status ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

 

7     BILIK GURU

7.1   Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah tanggungjawab semua guru. Ini termasuk harta benda di dalam bilik guru.

7.2   Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai  non-teaching period dan bukan free period. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

7.3   Guru tidak digalakan membenarkan pelajar berada di bilik guru.

7.4   Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

 

8     PERJAWATAN DAN PENGAJARAN   

8.1   Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Ketua Pembantu Tadbir atau Pengetua.

8.2   Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran boleh berurusan dengan Ketua Panitia, Guru Kanan, Ketua Bidang atau Penolong Kanan Kurikulum.

 

 

 

9     TUGAS

9.1   Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka melaksankan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

9.2   Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan , misalnya menghadiri mesyuarat , pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan Pengetua.

 

10   BUKU/FAIL REKOD MENGAJAR

10.1 Setiap guru akan diberikan sebuah Buku/Fail Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku/fail tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku/fail ini hendaklah diserahkan ke Pejabat sekolah pada setiap hari Jumaat untuk disemak dan disahkan oleh Pengetua/Penolong Kanan Pentadbiran/Penyelia Petang/Ketua Bidang berdasarkan Jadual Penghantaran Buku/Fail Rekod Mengajar yang disediakan oleh pihak sekolah.

10.2 Jika seorang guru bercuti, buku/fail tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran/Ketua Bidang.

10.3 Buku/Fail Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah pada akhir tahun.

 

11   JADUAL WAKTU

11.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di kelas sendiri.

11.2 Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang ditetapkan tanpa kebenaran.

 

12   JADUAL KEDATANGAN PELAJAR

12.1 Setiap guru tingkatan diberikan sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan hendaklah memahami kehendak-kehendak tentangnya yang tercetak di bahagian dalam kulit hadapan.

12.2 Jadual kedatangan hendaklah ditulis secara teratur, kemas dan ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, guru pendamping bertanggungjawab menandanya.

12.3 Buku itu hendaklah sentiasa berada di pejabat.

12.4 Pelajar yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut, ibu bapa /penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis.

12.5 Analisis mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru yang yang dipertanggungjawabkan.

12.6 Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

 

13   KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

13.1 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekoah sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah di bawa ke pengetahuan pihak sekolah.

13.2 Ketua Bidang/Ketua Panitia/Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan tentang penggunaan alat-alat/bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

 

14   KEBERSIHAN

14.1 Setiap guru bertanggunjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah dignakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

14.2 Ketua Bidang/Guru Kanan/Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik-bilik khas (bengkel, bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

14.3 Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga sekolah.

 

15   SURAT-MENYURAT

15.1 Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui Pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

 

 

16   SURAT YANG DITERIMA

16.1 Ada surat yang diterima oleh pihak sekolah terpaksa diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

16.2 Jika surat itu ditujukan kepada guru dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu oleh disimpan sendiri setelah mengambil tindakan.

16.3 Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkanya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah:

        16.3.1      Mengambil fail yang berkenaan di pejabat, jika fail itu tidak ada dalam simpanannya;

        16.3.2      Mengambil tindakan yang diperlukan dan;

        16.3.3      Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

 

17   PELAWAT

17.1 Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

 

18   MEMBELI BARANG

18.1 Guru yanghendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperoleh di pejabat.

18.2 Borang ini mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia/Guru Kanan/Ketua Bidang/Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

18.3 Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan.

18.4 Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

 

19   KEGIATAN KOKURIKULUM

19.1 Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

 

20   PERHIMPUNAN SEKOLAH

20.1 Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa-masa dan hari-hari yang ditetapkan dan menandakan kehadiran pada Buku Kehadiran yang disediakan.

20.2 Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

20.3 Guru akan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu sekolah dan Lagu Negeri.

 

21   MESYUARAT GURU

21.1 Dari masa ke masa Pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

21.2 Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Ketua Bidang/Ketua Panitia.

21.3 Guru diwajibkan memakai pakaian yang kemas semasa menghadiri mesyuarat.

 

22   BUKU STOK/INVENTORI

22.1 Guru Kanan/Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskinikan. Buku ini akan disemak dari masa ke masa oleh Pengetua/Penolong Kanan.

 

23   TANDA NAMA

23.1 Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari pertama persekolahan, majlis rasmi di sekolah/di luar sekolah.

 

24   KEAHLIAN KELAB GURU/PIBG

24.1 Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah.

24.2 Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

 

 

 

25   PENGGUNAAN ALAT-ALAT

25.1 Penggunaan alat-alat hendaklah betul dan mengikut peraturan.

25.2 Mesti mendapat kebenaran daripada Ketua-ketua Bahagian atau Penjaga Stok.

25.3 Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.

25.4 Jika rosak hendaklah dilaporkan serta-merta.

 

26   ARAHAN DAN PEKELILING

26.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

26.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.

26.3 Sekiranya pekeliling itu dari Kemneterian/PPG/PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah diambil tindakan.

 

27   TELEFON

27.1 Penggunaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam/telefon bimbit kepunyaan sendiri untuk urusan peribadi.

27.1 Menggunakan telefon semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan perhimpunan rasmi adalah dilarang sama sekali.

 

28   KUNCI

28.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.

28.2 Kalau ada guru yang hendak menyimpan  kunci bilik-bilik tertentu, guru tersebut hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

 

29   ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH

29.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

 

 

 

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN MALAYSIA

 

Kami guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyeari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan dan prinsip-prinsip Rukunnegara.

 

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka memperoleh pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran untuk masa hadapan.

 

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

 

1.    TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR

        1.     Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.

        2.     Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

3.     Merahsiahkan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

4.     Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam bilik darjah sendiri atau mata-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.

5.     Menunjukkan sesuatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.

6.     Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

 

II    TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

        1.     Menghormati tanggunjawab utama ibu bapa ke atas anak-anak mereka.

        2.     Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi

pendidikan dengan rumah tangga.

3.     Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa tentang keadaan rumah tangga atau tentang anak-anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya

4.     Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

5.     Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

6.     Mengelakan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibi bapa atau penjaga mereka.

 

III   TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

1.     Mengelakkan  diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar.

2.     Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing merka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yanhg lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

3.     Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

4.     Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

5.     Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendikiawan masyarakat.

6.     Berpegang kepada tingkah  laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

 

IV   TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN

1.     Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

2.     Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan (kami ) sebagai guru.

3.     Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan nya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

4.     Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat (kami) terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.

5.     Sentiasa mengawasi diri (kami) supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

6.     Menjadi ahli sesebuah pertubuhan pendidikan.

 

(Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran organisasi dan penyelidikan pendidikan).


Sila Pastikan anda telah melakukan yang terbaik hari ini..


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: